Alamat tadika:
Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala
Jalan Penchala Indah, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7727 6864; 03-77312097
glitter maker

17 Mei 2013

Sambutan Hari Guru

17 Mei 2013 (Jumaat). Pagi tadi telah berlangsung Sambutan Hari Guru peringkat Tadika Islam Sg. Penchala. Sambutan diadakan secara sederhana dengan menyediakan sedikit jamuan yang telah dibawa oleh para pelajar dan guru-guru.








Rawatan Pergigian

Satu pasukan jururawat pergigian dari Klinik Pergigian Jinjang telah membuat lawatan ke Tadika Islam Sg. Penchala pada 16 Mei 2013. Pelajar-pelajar telah diberi tunjuk ajar cara penjagaan gigi dan memberus gigi dengan betul.









16 Mei 2013

Karnival Sukan

Pada 11 Mei 2013 telah berlangsung Karnival Sukan Tadika Islam MAIWP Zon Bangsar bertempat di padang Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama, Jalan Bukit Kiara. Sebanyak 15 buah Tadika Islam MAIWP yang berada di bawah zon Bangsar telah menyertai karnival tersebut. 

Tadika Islam Sg. Penchala, Tadika Islam INTAN, Tadika Islam TTDI, Tadika Islam Saidina Umar dan Tadika Islam Kg. Kerinchi telah mewakili rumah biru dalam karnival ini. Keseluruhannya rumah biru telah mendapat tempat kedua.

Sila klik pada video di bawah untuk tengok gambar.


26 April 2013

Lawatan Pendidikan Tahun 2013

25 April 2013, Khamis. Tadika Islam Sg. Penchala telah mengadakan lawatan pendidikan ke Domino's Pizza, Muzium Tekstil Negara dan Planetarium Negara. Seramai 50 orang pelajar telah menyertai lawatan tersebut diringi oleh 4 orang guru.























05 Februari 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Zon Bangsar

Pada 31 Januari 2013 yang lalu telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1434 H anjuran Tadika Islam MAIWP Zon Bangsar. Majlis tersebut telah diadakan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W bermula dengan perarakan sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Sebanyak 15 buah tadika di bawah Zon Bangsar telah menyertai perarakan tersebut.

24 Januari 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434 H

24.1.2013 Khamis. Pagi ini telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul 1434 H anjuran Masjid Al-Hidayah, Kampung Sungai Penchala. Seramai 20 orang murid 6 tahun dan 4 orang guru telah mewakili Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala dalam perarakan pada majlis tersebut. Perarakan bermula dari Perkarangan Masjid Al-Hidayah menuju ke Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah dan pusing balik ke Masjid Al-Hidayah.




08 Januari 2013

Menceriakan tadika

Projek menceriakan tadika masih lagi diteruskan dengan membuat lukisan dinding oleh guru tadika sendiri.