Alamat tadika:
Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala
Jalan Penchala Indah, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7727 6864; 03-77312097
glitter maker

13 Disember 2009

Bayaran Masuk ke Tadika Islam Sg. Penchala

MAKLUMAN

Bayaran pendaftaran untuk kemasukan sesi 2010 boleh dibuat mulai 28 hingga 31 Disember 2009 ini di Tadika Islam Sungai Penchala bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Kadar bayaran yang ditetapkan oleh MAIWP adalah seperti berikut:


PELAJAR 5 TAHUN
Yuran Pendaftaran = RM20.00
Yuran Januari & November = RM40.00
Modul Kurikulum = RM30.00
Aktiviti Ko-Kurikulum = RM25.00
Insuran=RM2.00
Buku Teks dan Buku Latihan = RM57.00
Jumlah = RM174.00

PELAJAR 6 TAHUN
Yuran Pendaftaran = RM20.00
Yuran Januari & November = RM40.00
Modul Kurikulum = RM30.00
Aktiviti Ko-Kurikulum = RM25.00
Insuran=RM2.00
Buku Teks dan Buku Latihan = RM63.00
Jumlah = RM180.00

Yuran Bulanan adalah RM20.00 dan perlu dibayar pada 1 hingga 10 haribulan pada setiap bulan.

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Waktu Guru bertugas bermula 8.00 pagi hingga 3.00 petang
(Isnin hingga Khamis)
8.00 pagi hingga 1.00 tengahari (Jumaat)

12 Disember 2009

Pertukaran Guru

Mesyuarat Pengurusan Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuat pertukaran besar-besaran ke atas guru-gurunya berkuatkuasa pada 28 Disember 2009 ini. Pertukaran yang melibatkan Tadika Islam Sg. Penchala adalah seperti berikut:

Pertukaran Keluar

Rozana binti Sidek (Ketua Guru) bertukar ke Tadika Islam Saidina Omar Al-Khattab

Nurul Huda binti Mohamed Bakri (Guru) bertukar ke Tadika Islam INTAN

Mazidah (guru) bertukar ke Tadika Islam Taman Tun Dr. Ismail

Pertukaran Masuk

Siti Eshah binti Sahir (Ketua Guru) dari Tadika Islam INTAN

Nur Saida binti Mohamad (Guru) dari Tadika Islam Al-Khadijah, Pantai Dalam

Maziah (Guru) dari Tadika Islam Taman Tun Dr. Ismail

Maklumat tadika

Pengenalan
Tadika Islam Sg. Penchala telah ditubuhkan 1983. Tadika ini beroperasi di bawah Pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan dikelola oleh Jawatankuasa Tadika Islam Sg. Penchala. Pada tahun 2009 pengurusan Tadika Islam Sg. Penchala telah diambil alih oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Senarai Tadika Islam Zon Bangsar
1. Tadika Islam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
2. Tadika Islam Kampong Kerinchi, Lembah Pantai.
3. Tadika Islam Al-Islamiah, Kuchai Lama.
4. Tadika Islam Taman Tun Dr. Ismail.
5. Tadika Islam Islahiah, Flat San Peng.
6. Tadika Islam Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam.
7. Tadika Islam Masjid Negara.
8. Tadika Islam Sg. Penchala.
9. Tadika Islam Saidatina Aisyah, Jalan Pantai Baharu.
10. Tadika Islam INTAN, Bukit Kiara.
11. Tadika Islam Al-Ihsaniah, Puchung.
12. Tadika Islam Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
13. Tadika Islam Masjid Saidina Omar Al-Khatab, Damansara

Aktiviti-aktiviti Tadika

Tadika Islam Sg. Penchala telah menyediakan beberapa aktiviti untuk pelajar-pelajar sepanjang tahun. Diantara aktiviti-aktiviti yang biasa diadakan iaitu Lawatan Sambil Belajar, Sukaneka, Fastival Kebudayaan dan Kesenian Islam peringkat Zon dan Wilayah, Majlis Anugerah Cemerlang dan lain-lain.

Kurikulum Tadika

Kurikulum Tadika Islam telah diselaraskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Diantara matapelajaran yang diajar adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Pendidikan Islam, Sains, Jawi, Akhlak dan sebagainya.Disamping itu juga, pelajar akan dilatih dengan doa-doa harian, hafazan surah-surah lazim dan lain-lain.

Sesi Persekolahan

Sesi persekolahan akan bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Pelajar diingatkan supaya datang awal iaitu sebelum kelas bermula. Waktu rehat adalah pada jam 9.30 pagi hingga 10.00 pagi. Pelajar akan disajikan dengan makanan serta minuman yang mana menunya akan ditentukan kemudian.

Pakaian Sekolah

Pakaian seragam sekolah adalah seperti berikut:

Pelajar lelaki
Baju melayu putih, samping hijau songkok hitam dan berkasut putih

Pelajar perempuan
Baju kurung putih, kain hijau, tudung putih dan berkasut putih

Yuran Persekolahan

Yuran bulanan bagi Tadika Islam INTAN adalah RM20.00 dan mesti dibayar pada awal bulan iaitu sebelum 7 haribulan. Yuran-yuran lain yang perlu dibayar pada hari pendaftaran adalah seperti berikut:

PELAJAR 5 TAHUN

Yuran Pendaftaran = RM20.00
Yuran Januari & November = RM40.00
Modul Kurikulum = RM30.00
Aktiviti Ko-Kurikulum = RM25.00
Buku Teks dan Buku Latihan = RM75.00
Jumlah = RM190.00

PELAJAR 6 TAHUN

Yuran Pendaftaran = RM20.00
Yuran Januari & November = RM40.00
Modul Kurikulum = RM30.00
Aktiviti Ko-Kurikulum = RM25.00
Buku Teks dan Buku Latihan = RM80.00
Jumlah = RM195.00

Yuran Bulanan adalah RM20.00 dan perlu dibayar pada 1 hingga 10 haribulan pada setiap bulan.