Pengenalan
Tadika Islam Sg. Penchala telah ditubuhkan 1983. Tadika ini beroperasi di bawah Pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan dikelola oleh Jawatankuasa Tadika Islam Sg. Penchala. Pada tahun 2009 pengurusan Tadika Islam Sg. Penchala telah diambil alih oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Senarai Tadika Islam Zon Bangsar
1. Tadika Islam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
2. Tadika Islam Kampong Kerinchi, Lembah Pantai.
3. Tadika Islam Al-Islamiah, Kuchai Lama.
4. Tadika Islam Taman Tun Dr. Ismail.
5. Tadika Islam Islahiah, Flat San Peng.
6. Tadika Islam Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam.
7. Tadika Islam Masjid Negara.
8. Tadika Islam Sg. Penchala.
9. Tadika Islam Saidatina Aisyah, Jalan Pantai Baharu.
10. Tadika Islam INTAN, Bukit Kiara.
11. Tadika Islam Al-Ihsaniah, Puchung.
12. Tadika Islam Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
13. Tadika Islam Masjid Saidina Omar Al-Khatab, Damansara
Aktiviti-aktiviti Tadika
Tadika Islam Sg. Penchala telah menyediakan beberapa aktiviti untuk pelajar-pelajar sepanjang tahun. Diantara aktiviti-aktiviti yang biasa diadakan iaitu Lawatan Sambil Belajar, Sukaneka, Fastival Kebudayaan dan Kesenian Islam peringkat Zon dan Wilayah, Majlis Anugerah Cemerlang dan lain-lain.
Kurikulum Tadika
Kurikulum Tadika Islam telah diselaraskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Diantara matapelajaran yang diajar adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Pendidikan Islam, Sains, Jawi, Akhlak dan sebagainya.Disamping itu juga, pelajar akan dilatih dengan doa-doa harian, hafazan surah-surah lazim dan lain-lain.
Sesi Persekolahan
Sesi persekolahan akan bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Pelajar diingatkan supaya datang awal iaitu sebelum kelas bermula. Waktu rehat adalah pada jam 9.30 pagi hingga 10.00 pagi. Pelajar akan disajikan dengan makanan serta minuman yang mana menunya akan ditentukan kemudian.
Pakaian Sekolah
Pakaian seragam sekolah adalah seperti berikut:
Pelajar lelaki
Baju melayu putih, samping hijau songkok hitam dan berkasut putih
Pelajar perempuan
Baju kurung putih, kain hijau, tudung putih dan berkasut putih
Yuran Persekolahan
Yuran bulanan bagi Tadika Islam INTAN adalah RM20.00 dan mesti dibayar pada awal bulan iaitu sebelum 7 haribulan. Yuran-yuran lain yang perlu dibayar pada hari pendaftaran adalah seperti berikut:
PELAJAR 5 TAHUN
Yuran Pendaftaran = RM20.00
Yuran Januari & November = RM40.00
Modul Kurikulum = RM30.00
Aktiviti Ko-Kurikulum = RM25.00
Buku Teks dan Buku Latihan = RM75.00
Jumlah = RM190.00
PELAJAR 6 TAHUN
Yuran Pendaftaran = RM20.00
Yuran Januari & November = RM40.00
Modul Kurikulum = RM30.00
Aktiviti Ko-Kurikulum = RM25.00
Buku Teks dan Buku Latihan = RM80.00
Jumlah = RM195.00
Yuran Bulanan adalah RM20.00 dan perlu dibayar pada 1 hingga 10 haribulan pada setiap bulan.