Alamat tadika:
Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala
Jalan Penchala Indah, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7727 6864; 03-77312097
glitter maker

30 Disember 2010

Cuti Umum

MAKLUMAN

Oleh kerana kerajaan mengumumkan 31 Disember 2010 (Jumaat) sebagai cuti umum maka Pejabat Tadika Islam Sg. Penchala juga tutup pada hari tersebut.


Sekian harap maklum

01 Disember 2010

Operasi Pejabat Tadika Islam Sg. Penchala

MAKLUMAN

Bagi memudahkan ibubapa pelajar membuat pendaftaran dan pembayaran yuran bagi sesi 2011 maka Pejabat Tadika Islam Sg. Penchala akan mula beroperasi pada 27 Disember 2010 hingga 31 Disember 2010.

Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

Pejabat akan ditutup pada 30 Disember 2010 kerana guru-guru menghadiri taklimat di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).



Persekolahan bagi sesi 2011 akan bermula pada 3 Januari 2011.






Terima kasih.

15 November 2010

Majlis Anugerah Cemerlang 2010

15 November 2010 (Isnin). Pagi semalam telah berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang 2010 Tadika Islam Sg. Penchala dengan penuh kemeriahan dan gilang-gemilang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Murtaaza bin Haji Md. Wan, Pengerusi Tadika Islam Sg. Penchala. Menurut Tuan Haji Murtaaza, majlis seumpama ini merupakan julung kali diadakan di tadika ini berasingan dengan Sekolah Rendah Agama. Satu pembaharuan telah dibuat di majlis ini iaitu tayangan multimedia yang mana semua hadirin terpegun dan gembira melihat aktiviti anak-anak mereka dirakamkan dari awal tahun hingga akhir tahun telah ditayang semula dalam bentuk movie.



10 November 2010

Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Peringkat Akhir

10 November 2010. Hari ini telah berlangsung Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam, Tadika Islam MAIWP peringkat akhir bertempat di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Dua orang peserta dari Tadika Islam Sg. Penchala telah mewakili Zon Bangsar ke festival tersebut iaitu Adik Muhd. Syafiq dan Adik Putri Balqis. Adik Muhd. Syafiq telah mendapat Naib Johan dalam acara hafazan manakala Adik Putri Balqis mendapat tempat keempat dalam acara bercerita.

Tahniah!!!

09 November 2010

Majlis Anugerah Cemerlang 2010

Makluman

Tadika Islam Sg. Penchala akan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2010 pada ketentuan berikut:

      Tarikh:  14 November 2010 (Ahad)
      Masa: 9.00 pagi hingga 11.30 pagi
      Tempat: Dewan Tadika Islam Sg. Penchala

Tuan/puan dijemput hadir. Terima kasih

14 Oktober 2010

Ujian Penilaian Akhir Tahun

PENGUMUMAN

Tadika Islam Sg. Penchala akan mengadakan Ujian Penilaian Akhir Tahun Bermula 18 - 22 Oktober 2010 ini. Diharap ibubapa dapat memastikan anak-anak mereka hadir pada hari-hari tersebut.

29 September 2010

Sambutan Hariraya 'Edulfitri 1431



29 September 2010 (20 Syawal 1431H). Hari ini telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hariraya 'Edulfitri Tadika Islam Sg. Penchala. Berbagai juadah serta kuih raya telah disediakan. Juadah serta kuih raya tersebut dibawa oleh murid-murid serta guru. Pengurusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Tadika Islam telah meluluskan peruntukan duit raya untuk para pelajar sebanyak RM5.00 seorang.

14 September 2010

Pendaftaran Masuk T.I. Sg. Penchala

MAKLUMAN

Pendaftaran masuk ke Tadika Islam Sg. Penchala bagi sesi 2011 telah dibuka bermula 1 September 2010 hingga 31 Oktober 2010 ini. Borang pendaftaran boleh didapati di Pejabat tadika pada waktu pejabat iaitu 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ketua Guru di talian 03-7727 6864. Sila klik di sini untuk megetahui maklumat selanjutnya.

28 Julai 2010

Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam

28 Julai 2010 (Rabu)

Hari ini telah berlangsung Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam, Tadika Islam MAIWP peringkat Zon Bangsar yang diadakan di Masjid Bukit Aman bermula 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Festival ini telah dirasmikan oleh Puan Zaiton binti Abd. Rahman selaku Pengurus, Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Enam acara telah dipertandingkan di dalam festival tersebut iaitu bercerita, sajak, azan, kuiz (lelaki dan perempuan), hafazan (lelaki dan perempuan) dan nasyid. Wakil bercerita iaitu Putri Balqis binti Mohd. Faisal dan Wakil Hafazan Lelaki iaitu Muhd. Syafiq bin Muhd. Yatim dari Tadika Islam Sg. Penchala telah mendapat  tempat pertama manakala Wakil Hafazan Perempuan iaitu Nurliyana binti Hasim juga dari Tadika Islam Sg. Penchala telah mendapat tempat ketiga. Dua orang yang telah mendapat tempat pertama  akan mewakili Zon Bangsar ke Festival Keseniaan dan Kebudayaan Islam, Tadika Islam MAIWP peringkat Wilayah Persekutuan yang akan diadakan 5 Oktober 2010 (Selasa) bertempat di Masjid Wilayah.


19 Julai 2010

Sesi Latihan untuk Festival Kebudayaan dan Kesenian Islam

Para pelajar sedang membuat latihan nasyid, bercerita dan azan sebagai persedian untuk menyertai Festival Kebudayaan dan Kesenian Islam yang akan diadakan pada 28 Julai 2010 nanti.




12 Julai 2010

Gambar Hari Terbuka 2010

Gambar-gambar ibubapa yang hadir pada hari terbuka Tadika Islam Sg. Penchala yang telah diadakan pada 9 Julai 2010 yang lalu.

06 Julai 2010

Hari Terbuka Tadika Islam Sg. Penchala

Sukacita dimaklumkan bahawa Tadika Islam Sg. Penchala akan mengadakan hari  terbuka bersempena dengan penyampaian Buku Laporan Murid. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara guru-guru dan ibubapa di samping memberi peluang kepada ibubapa membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan prestasi pembelajaran anak-anak.

Majlis tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh   : 9 Julai 2010 (Jumaat)
Masa    : 8.15 pagi -11.00 pagi
Tempat : Kelas anak masing-masing

04 Jun 2010

Lawatan Sambil Belajar

Pada 1 Jun 2010 yang lalu seramai 28 orang murid Tadika Islam Sg. Penchala telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke Muzium TUDM, Kilang Coklat Beryl's dan Kilang Roti Gardenia.

13 Mei 2010

Sukaneka Peringkat Zon Bangsar


Pada 8 mei 2010 yang lalu pelajar Tadika Islam Sg. Penchala telah menyertai Sukaneka Tadika Islam MAIWP Peringkat Zon Bangsar. Terdapat beberapa acara yang telah dimenangi oleh Tadika Islam Sg. Penchala dan Tadika Islam Sg. Penchala juga mendapat tempat kedua dalam sukaneka tersebut. Tadika ini juga telah mendapat tempat ketiga dalam acara perbarisan.

Sukaneka Tadika Islam MAIWP Peringkat Zon Bangsar tersebut telah dirasmikan oleh En. Abdul Halim bin Sulaiman selaku Penolong Pengurus (Pendidikan) MAIWP.

08 Mac 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431



6 Mac 2010. Seramai 21 orang pelajar Tadika Islam Sg. Penchala telah menyertai perarakan Maulidur Rasul yang telah dianjurkan oleh Tadika Islam MAIWP Zon Bangsar. Perarakan bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada 9.25 pagi. Disamping itu juga terdapat pertandingan mewarna pelajar tadika dan ceramah agama untuk ibubapa yang hadir. Sila klik untuk lihat gambar

05 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431

MAKLUMAN
Tadika Islam MAIWP Zon Bangsar akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 6 Mac 2010 bersamaan 20 Rabiulawwal 1431 H

Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Masjid Wilayah

Semua ibubapa dijemput hadir.

21 Februari 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Tadika Islam Sg. Penchala

21 Februari 2010 (Ahad). Pagi tadi telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Tadika Islam Sg. Penchala. Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat pertama bagi ketua guru bersama dua orang lagi guru yang baru bertukar masuk ke tadika ini. Mesyuarat tadi juga telah mengesahkan bahawa Pn. Siti Eshah selaku ketua guru sebagai bendahari dan Pn. Maziah (guru) sebagai setiausaha.

Disamping mesyuarat jawatankuasa tadika, satu majlis ringkas iaitu Majlis Jasamu Dikenang  telah diadakan bagi mengenang jasa tiga orang guru yang telah bertukar keluar dari tadika ini.

09 Januari 2010

Pemakaian Baju Sukan

MAKLUMAN

Pada setiap hari Jumaat, Tadika Islam Sg. Penchala akan mengadakan aktiviti fizikal untuk para pelajarnya (sila lihat jadual waktu di bawah). Oleh yang demikian, semua pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan ( T shirt putih kosong dan Track Bottom biru gelap) pada setiap hari tersebut. Untuk makluman tuan/puan, pihak MAIWP juga akan membekalkan pakaian sukannya tapi buat masa ini pakaian tersebut masih belum diperolehi.

08 Januari 2010

JADUAL WAKTU



Untuk besar, sila klik pada jadual.

06 Januari 2010

Penghargaan

Pihak Tadika Islam Sg. Penchala mengucapkan terima kasih di atas sambutan yang diberi oleh ibubapa pelajar kerana sudi menghantar anak ke tadika ini. InsyaAllah guru-guru di tadika ini akan membimbing anak-anak tuan/puan supaya menjadi seorang yang baik seperti mana yang disarankan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mewujudkan generasi ulul albab.

05 Januari 2010

Hari Pertama Persekolahan sesi 2010


Semalam 4 Januari 2010 merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2010 ini. Seramai 33 orang pelajar telah mendaftar masuk ke Tadika Islam Sg. Penchala. Pelajar telah diasingkan kepada 2 kelas iaitu kelas 6 tahun dan kelas 5 tahun. Sila klik untuk lihat lain-lain gambar

03 Januari 2010

Selamat belajar

Esok 4 Januari 2010 bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran di Tadika Islam Sg. Penchala bagi sesi 2010. Syabas kepada ibubapa kerana memilih tadika ini untuk memulakan sesi pembelajaran kepada anak-anak mereka. InsyaAllah guru-guru di Tadika ini akan membimbing anak-anak tuan/puan menjadi seorang yang berjaya seperti yang tercatat dalam objektif Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan:

OBJEKTIF TADIKA MAIWP

1. Menggalakkan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal, dan intelek kanak- kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi

2. Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas membaca Al-Quran, jawi, membaca, menulis dan mengira sebelum memasuki alam persekolahan

3. Melengkapkan sifat peribadi (sahsiah), perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warga negara ang patriotik

4. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak

5. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu

6. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian sebagaimana tuntutan Islam.