Alamat tadika:
Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala
Jalan Penchala Indah, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7727 6864; 03-77312097
glitter maker

31 Disember 2012

Persiapan Untuk Tahun 2013




Guru-guru Tadika Islam Sg. Penchala yang diketuai oleh Cikgu Siti Eshah sedang bertungkus lumus menyiapkan lukisan dinding bagi persiapan menyambut sesi pembelajaran 2013.

30 Oktober 2012

Majlis Konvokesyen Tadika Islam MAIWP

30 Oktober 2012 (Selasa). Esok pagi iaitu pada jam 8.30 pagi akan berlangsung Majlis Konvokesyen Tadika Islam MAIWP Zon Bangsar bertempat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab. Majlis Konvokesyen ini akan dirasmikan oleh Ust. Mohd. Rushdan bin Ab. Hamid, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan, MAIWP.

Seramai 394 orang pelajar 6 tahun mewakili 15 buah tadika di dalam Zon Bangsar akan menerima sijil manakala 88 daripadanya akan menerima anugerah khas dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sebanyak 3 kategori anugerah disediakan pada tahun ini iaitu tokoh murid, tokoh kurikulum terbaik dan tokoh pintar Al-Quran.

20 Oktober 2012

Cuti Sempena 'Eidul Adha

MAKLUMAN

Tadika Islam MAIWP  Sg. Penchala akan bercuti sempena menyambut Hari Raya 'Eidul Adha pada 25 - 28 Oktober 2012. Tadika akan dibuka semula pada 29 Oktober 2012 (Isnin).

26 September 2012

Pertukaran Guru

21.9.2012 (Jumaat). Pihak pengurusan Cawangan Tadika Islam MAIWP telah membuat pertukaran guru-guru tadika berikutan kemasukan guru-guru lantikan baru yang telah dibuat pada tahun ini. Oleh yang demikian seorang guru dari tadika ini iaitu Puan Norsaida binti Mohamad telah bertukar ke Tadika Islam MAIWP Masjid Ar-Rahman, Pantai Baru dan diganti dengan guru baru dilantik iaitu Puan Haliza Suriani binti Hashim. Pertukaran Puan Norsaida berkuatkuasa pada 24.9.2012.

Rawatan Pergigian

11.9.2012 (Selasa). Hari ini rombongan Jururawat Pergigian dari Klinik Pergigian Kepong telah datang ke Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala untuk membuat rawatan pergigian kepada pelajar yang ada masalah gigi berlubang dan memberi tunjuk ajar cara-cara memberus gigi dengan betul.










Jamuan Hari Raya 'Eidulfitri 1433 H

5.9.2012 (Rabu). Pada hari ini Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala telah mengadakan Majlis Jamuan Hariraya 'Eidulfiri 1433 H. Pelbagai makanan termasuk kuih raya telah dibawa oleh para pelajar tadika disamping itu terdapat juga juadah yang telah disediakan oleh guru-guru. Pada majlis ini juga para pelajar telah menerima sumbangan duit raya yang telah disediakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM5.00 seorang.









 




Lawatan Pendidikan

30.8.2012 (Khamis). Hari ini Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala telah mengadakan lawatan pendidikan ke Zoo Negara dan Kilang Roti High 5. Program lawatan seumpama ini adalah merupakan program tetap yang dirancang pada setiap tahun dan perbelanjaannya di tanggung oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Seramai 50 orang pelajar telah menyertai lawatan tersebut.











03 Julai 2012

Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam

3 Julai 2012. Hari ini telah berlangsung Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Tadika Islam MAIWP Zon Bangsar. Festival tersebut telah dirasmikan oleh Ust. Rushdan bin Ab. Hamid, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan, MAIWP. 15 buah Tadika Islam MAIWP yang berada di dalam Zon Bangsar telah mengambil bahagian dalam festival ini.

Terdapat  6 acara yang telah dipertandingkan iaitu bercerita, nasyid, hafazan (lelaki & perempuan), sajak, kuiz dan azan.

Tadika Islam Sg. Penchala telah mendapat naib johan dalam acara bercerita, azan dan hafazan lelaki.













07 Jun 2012

Tolong menolong

Pengajaran untuk semua. Sifat yang sepatutnya ada pada diri seorang muslim.


25 Mei 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Hari ini, Tadika Islam Sg. Penchala telah mengadakan Sambutan Hari Guru bagi tahun 2012. Kebetulan pula, hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Cikgu Ida dan Cikgu Rahmah.

SELAMAT HARI GURU DAN
SELAMAT HARI JADI