Alamat tadika:
Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala
Jalan Penchala Indah, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7727 6864; 03-77312097
glitter maker

27 Disember 2011

MAKLUMAN

Pejabat Tadika Islam Sg. Penchala akan beroperasi awal, sebelum sesi persekolahan bermula iaitu pada:

Tarikh:
27 hingga 30 Disember 2011

Masa:
8.00 pagi hingga 1.00 tengahari 

Sebarang pertanyaan mengenai tadika, sila hubungi talian 03-7727 6864 atau datang sendiri ke Pejabat Tadika Islam Sg. Penchala

12 Disember 2011

Majlis Anugerah Cemerlang

19 November 2011. Hari ini, Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bertempat di Dewan Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ust. Mohd Noor Ihsan bin Kamaruzaman selaku Penyelaras, Cawangan Tadika Islam MAIWP. Turut hadir Puan Rohasikin binti Rusli selaku Penyelia Tadika Islam MAIWP Zon Bangsar.










Khatam Al-Quran Perdana

16 November 2011. Pada hari ini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Tadika Islam MAIWP bertempat di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seramai 12 orang pelajar dari tadika ini telah menyertai majlis tersebut.

Program ini merupakan acara tetap tahunan dan juga merupakan KPI bagi Menteri. Dato' Seri Jamil Khir juga sangat mengharapkan supaya semua pelajar Tadika Islam MAIWP dapat Khatam Al-Quran dalam masa dua tahun iaitu 5 & 6 tahun atau sekurang-kurangnya dapat membaca Al-Quran dengan baik pada umur 6 tahun.






Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam

22 September 2011. Adik Qaisara Batrisyia binti Sharifudin dari Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala merupakan johan bercerita di Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam, Tadika Islam MAIWP peringkat akhir.






11 September 2011

Sambutan Hariraya Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala

9 September 2011 (Jumaat). Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala telah mengadakan sambutan hariraya 'eidulfitri 1432 H. Berbagai jenis juadah telah dibawa oleh para pelajar dan guru-guru pada majlis tersebut. Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga telah memperuntukan RM5.00 sebagai duit raya kepada setiap pelajarnya.







 





06 Julai 2011

Pencawang Elektrik Telah Bertembok

Rintitan dari cadangan yang telah dibuat dalam perjumpaan bersama ibubapa pelajar Tadika Islam Sg. Penchala pada 26 Mac 2011 yang lalu, pihak pentadbir tadika telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Tenaga mengenai pencawang elektrik yang hanya berpagar dawai sahaja dan merbahaya kepada pelajar tadika. Alhamdulillah pihak Suruhanjaya Tenaga telah mengarah TNB supaya mengambil tindakan segera di atas aduan tersebut.

SEBELUM ADUAN

SELEPAS TINDAKAN DIAMBIL OLEH TNB

Kerja-kerja Baik Pulih Tadika Telah Selesai

Projek baik pulih Tadika Islam Sg. Penchala yang bermula pada 17 Mei 2011, kini telah siap sepenuhnya. Kontraktor yang telah dilantik oleh MAIWP telah mengambil masa lebih kurang 1 bulan 7 hari untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut.







01 Jun 2011

Kerja-kerja Baik Pulih






Kerja-kerja baik pulih Tadika Islam Sg. Penchala rancak dijalankan sebaik saja cuti sekolah bermula.

21 Mei 2011

Sukan Tahunan Tadika Islam MAIWP

21.5.2011 (Sabtu). Pagi ini telah berlangsung Sukan Tahunan Tadika Islam MAIWP Peringkat Zon Bangsar bertempat di Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Tadika Islam Sg. Penchala mewakili rumah biru bersama-sama Tadika Islam TTDI dan Tadika Islam Duta Mas Kuarters Kerajaan Jalan Duta.

 








KEPUTUSAN

 Rumah biru telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dalam acara sukaneka dan mendapat tempat kedua dalam Perarakan Kontingen dan Hiasan Khemah.


TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH
BIRU DIMERCU GEMILANG 


26 Mac 2011

Perjumpaan Ibubapa

26 Mac 2011 (Sabtu). Hari ini telah berlangsung perjumpaan antara ibubapa guru-guru bersama Pengerusi Tadika Islam Sg. Penchala. Seramai lebih kurang 40 orang telah hadir dalam perjumpaan tersebut.

Perjumpaan tersebut adalah untuk menjalin hubungan silaturrahim serta memberi penerangan mengenai perkembangan terkini mengenai tadika dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan nanti. Perjumpaan ini berakhir dengan sesi soal jawab oleh ibubapa.