Alamat tadika:
Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala
Jalan Penchala Indah, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7727 6864; 03-77312097
glitter maker

26 Februari 2011

Pemeriksaan Pergigian

25 Februari 2011 (Jumaat). Program pemeriksaan pergigian, ceramah dan latihan memberus gigi oleh Pasukan Jururawat Pergigian dari Klinik Pergigian Jinjang Kuala Lumpur telah diadakan pada hari ini jam 10.00 pagi.

Program ini merupakan program tetap yang diadakan sebanyak 2 kali setahun bagi memastikan para pelajar memahami tentang kesihatan pergigian dan seterusnya memperolehi gigi yang sihat dan cantik.


Maulidur Rasul Peringkat Zon Bangsar

Pagi 24 Februari 2011 bersamaan 21 Rabiul Awwal 1432 H telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Peringkat Zon Bangsar bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis telah dimulakan dengan Perarakan bermula dari Anjung A menuju ke Anjung C. Seramai 15 buah kontingen mewakili 15 buah Tadika Islam MAIWP Zon Bangsar telah menyertai perarakan tersebut.. Selepas itu semua peserta perarakan dikehendaki memasuki pertandingan mewarna.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Fauzi bin Zainal Abidin selaku Pungurus Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan murid-murid  tadika iaitu  Marhaban, Silat, Pentomen, Coral Speaking dan Boria.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Encik Fauzi bin Zainal Abidin selaku Pungurus Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

19 Februari 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432

19 Februari 2011. Pagi ini pada jam 8.30 pagi seramai 51 orang pelajar Tadika Islam Sg. Penchala, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul anjuran Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah dan Masjid Hidayah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Perarakan bermula dari Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah menuju ke Masjid Hidayah dan berakhir di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah.

07 Februari 2011

Banjir Kilat

Pada 5 Februari 2011 (Sabtu) yang lalu, Tadika Islam Sg. Penchala telah dilanda banjir kilat. Ini disebabkan lubang air keluar ke longkang besar tidak dapat menampung air yang banyak. Limpahan air ini datang dari depan dan belakang tadika.