Alamat tadika:
Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala
Jalan Penchala Indah, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7727 6864; 03-77312097
Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala
Jalan Penchala Indah, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7727 6864; 03-77312097
28 Julai 2010
Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam
28 Julai 2010 (Rabu)
Hari ini telah berlangsung Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam, Tadika Islam MAIWP peringkat Zon Bangsar yang diadakan di Masjid Bukit Aman bermula 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Festival ini telah dirasmikan oleh Puan Zaiton binti Abd. Rahman selaku Pengurus, Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Enam acara telah dipertandingkan di dalam festival tersebut iaitu bercerita, sajak, azan, kuiz (lelaki dan perempuan), hafazan (lelaki dan perempuan) dan nasyid. Wakil bercerita iaitu Putri Balqis binti Mohd. Faisal dan Wakil Hafazan Lelaki iaitu Muhd. Syafiq bin Muhd. Yatim dari Tadika Islam Sg. Penchala telah mendapat tempat pertama manakala Wakil Hafazan Perempuan iaitu Nurliyana binti Hasim juga dari Tadika Islam Sg. Penchala telah mendapat tempat ketiga. Dua orang yang telah mendapat tempat pertama akan mewakili Zon Bangsar ke Festival Keseniaan dan Kebudayaan Islam, Tadika Islam MAIWP peringkat Wilayah Persekutuan yang akan diadakan 5 Oktober 2010 (Selasa) bertempat di Masjid Wilayah.
19 Julai 2010
Sesi Latihan untuk Festival Kebudayaan dan Kesenian Islam
Para pelajar sedang membuat latihan nasyid, bercerita dan azan sebagai persedian untuk menyertai Festival Kebudayaan dan Kesenian Islam yang akan diadakan pada 28 Julai 2010 nanti.
12 Julai 2010
Gambar Hari Terbuka 2010
Gambar-gambar ibubapa yang hadir pada hari terbuka Tadika Islam Sg. Penchala yang telah diadakan pada 9 Julai 2010 yang lalu.
06 Julai 2010
Hari Terbuka Tadika Islam Sg. Penchala
Sukacita dimaklumkan bahawa Tadika Islam Sg. Penchala akan mengadakan hari terbuka bersempena dengan penyampaian Buku Laporan Murid. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara guru-guru dan ibubapa di samping memberi peluang kepada ibubapa membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan prestasi pembelajaran anak-anak.
Majlis tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 9 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 8.15 pagi -11.00 pagi
Tempat : Kelas anak masing-masing
Langgan:
Catatan (Atom)