16 Mac 2011 (Rabu). Ketua Guru Tadika Islam Sg. Penchala telah menghadiri Kursus Teknik Pengajaran dan Pembelajaran anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Seri Costa, Melaka bermula dari 16 hingga 18 Mac 2011. Seramai 70 orang guru Tadika Islam MAIWP seluruh Wilayah Persekutuan telah menghadiri kursus tersebut.
Alamat tadika:
Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala
Jalan Penchala Indah, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7727 6864; 03-77312097
Tadika Islam MAIWP Sg. Penchala
Jalan Penchala Indah, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7727 6864; 03-77312097
23 Mac 2011
Lawatan Pendidikan
9 Mac 2011 (Rabu). Tadika Islam sg. Penchala telah mengadakan Lawatan Pendidikan ke Kilang Vitagen di Seksyen 19, Petaling Jaya dan Pusat Sains Negara. Seramai 50 orang murid bersama 4 orang guru telah menyertai lawatan tersebut.
Sesi taklimat mengenai cara penghasilan dan kebaikan vitagen
Di ruang pameran dinasour, Pusat Sains Negara
Menikmati hidangan di Mc Donald Kota Damansara
26 Februari 2011
Pemeriksaan Pergigian
25 Februari 2011 (Jumaat). Program pemeriksaan pergigian, ceramah dan latihan memberus gigi oleh Pasukan Jururawat Pergigian dari Klinik Pergigian Jinjang Kuala Lumpur telah diadakan pada hari ini jam 10.00 pagi.
Program ini merupakan program tetap yang diadakan sebanyak 2 kali setahun bagi memastikan para pelajar memahami tentang kesihatan pergigian dan seterusnya memperolehi gigi yang sihat dan cantik.
Program ini merupakan program tetap yang diadakan sebanyak 2 kali setahun bagi memastikan para pelajar memahami tentang kesihatan pergigian dan seterusnya memperolehi gigi yang sihat dan cantik.
Maulidur Rasul Peringkat Zon Bangsar
Pagi 24 Februari 2011 bersamaan 21 Rabiul Awwal 1432 H telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Peringkat Zon Bangsar bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis telah dimulakan dengan Perarakan bermula dari Anjung A menuju ke Anjung C. Seramai 15 buah kontingen mewakili 15 buah Tadika Islam MAIWP Zon Bangsar telah menyertai perarakan tersebut.. Selepas itu semua peserta perarakan dikehendaki memasuki pertandingan mewarna.
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Encik Fauzi bin Zainal Abidin selaku Pungurus Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
19 Februari 2011
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432
19 Februari 2011. Pagi ini pada jam 8.30 pagi seramai 51 orang pelajar Tadika Islam Sg. Penchala, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul anjuran Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah dan Masjid Hidayah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Perarakan bermula dari Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah menuju ke Masjid Hidayah dan berakhir di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah.
07 Februari 2011
Banjir Kilat
Pada 5 Februari 2011 (Sabtu) yang lalu, Tadika Islam Sg. Penchala telah dilanda banjir kilat. Ini disebabkan lubang air keluar ke longkang besar tidak dapat menampung air yang banyak. Limpahan air ini datang dari depan dan belakang tadika.
03 Januari 2011
Hari Pertama Persekolahan 2011
3 Januari 2011 (Isnin).
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2011. Seramai 50 orang pelajar telah mendaftar masuk ke Tadika Islam Sg. Penchala. Pelajar telah diasingkan kepada 2 kelas iaitu kelas 6 tahun dan kelas 5 tahun.
Pada sesi 2011 ini, pihak Pengurusan Tadika Islam MAIWP telah menambah masa belajar iaitu lebih setengah jam dari tahun sebelumnya. Kelas akan bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari.
Sila klik untuk melihat gambar-gambar yang telah diambil pada sebelah pagi.
Langgan:
Catatan (Atom)



